Penyerang Lille, Victor Osimhen, kecewa dengan laporan palsu terhadapnya dirinya yang dikatakan sudah bersetuju untuk menyertai Napoli akhir musim ini.

Pemain antarabangsa Nigeria itu telah menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan dalam saingan Ligue 1 setelah berhijrah ke Perancis dari Sporting Charleroi pada 2018-19.

Pemilik Lille, Gerard Lopez, mengesahkan minggu lalu bahawa sebilangan kelab daripada tiga liga utama berminat untuk menandatangani Osimhen, dengan Napoli di antara mereka.

Laporan di Perancis, menjelaskan perjanjian penghijrahan Osimhen telah dibuat tetapi pemain berusia 21 tahun itu membantah spekulasi tersebut.
"Berita palsu mengenai saya telah bersetuju untuk berhijrah ke Napoli sungguh mengecewakan," katanya kepada laman web Omasports dari Nigeria.

"Saya terkejut dengan wartawan, yang mengatakan bahawa mereka profesional. Saya berasa ia sangat mengagumkan. Harap berita ini diabaikan kerana ia hanyalah palsu. Apabila tiba masanya untuk pemindahan saya, anda akan mendapat maklumat daripada saya secara langsung."

Osimhen dinobatkan sebagai pemain Lille musim ini setelah berjaya menjadi penjaring terbanyak pasukan dalam saingan Ligue 1, yang berakhir 10 perlawanan awal kerana wabak coronavirus.