Atletico Madrid patut diberikan trofi Liga Juara-Juara Eropah susulan kemenangan ke atas juara bertahan, Liverpool, sekiranya saingan itu tidak dapat diteruskan.

Itu pandangan Presiden Atletico, Enrique Cerezo, yang mencadangkan pemenang musim 2019-20 adalah pasukan yang menyingkirkan juara bertahan.

Kenyataan itu hadir selepas UEFA merancang untuk menamatkan kejohanan itu tatkala Atletico mara ke suku akhir selepas menundukkan The Reds.

Satu penyelesaian yang boleh dilakukan adalah mengadakan perlawanan di satu bandar untuk kelompok lapan terakhir dan hanya dilakukan sekali.

Namun, Cerezo memiliki idea tersendiri bagaimana saingan itu boleh ditamatkan.

"Jika Liga Juara-Juara tidak dapat diteruskan kerana coronavirus, johan perlu dinamakan pasukan yang mengalahkan juara bertahan," katanya.

"Masih ada beberapa aksi kalah mati, suku akhir, separuh akhir dan final.

"Kami faham UEFA cuba untuk mengadakan perlawanan di satu bandar. Terdapat perbincangan di Sepanyol, Portugal dan lain-lain tetapi masih belum ada kata putus.

"Ada 11 lagi perlawanan termasuk final yang boleh dijadikan kepada empat. Saya membayangkan kerajaan menunggu untuk melihat coronavirus ulih dan keputusan dilakukan."

Atletico tewas dalam dua final Liga Juara-Juara, pada tahun 2014 dan 2016.