Ronald Koeman mengatakan bahawa adalah cabaran besar untuk menjadi ketua jurulatih Barcelona tetapi menegaskan dia mesti diberi masa dalam peranan itu.

The Catalans menikmati permulaan musim yang bercampur di bawah kendalian bekas pengurus skuad Belanda, Ronald Koeman, yang mengambil alih tugas Quique Setien yang dipecat selepas tewas 8-2 kepada Bayern Munich Ogos lalu.

Barca memulakan kempe Liga Juara-Juara musim 2020-21 dengan kemenangan 5-1, tetapi mereka sekadar meraih tujuh mata daripada lima perlawanan dalam saingan LaLiga.

Mereka tewas aksi Clasico musim ini, 3-1 di lawan sendiri kepada Real Madrid, yang mengalami kekalahan berturut-turut kepada Cadiz dan Shakhtar Donetsk, dengan skuad kendalian Koeman gagal menghasilkan percubaan selepas peluang Lionel Messi pada minit ke-24.

Koeman, bagaimanapun, menggesakan penyokong supaya lebih bersabar ketika dia dalam usaha untuk mengembalikan Barcelona ke tahap terbaik.

"Semasa saya bercakap dengan Barca untuk menjadi jurulatih, saya tahu itu bukan cabaran yang mudah kerana perubahan yang ingin kami mahu lakukan, kerana isu COVID-19, masalah ekonomi, tetapi cabarannya sangat besar," katanya.

"Saya hanya meminta ketenangan, untuk masa, kerana kita mengubah banyak perkara. Perlawanan bertemu Real, 60 minit pertama, pasukan telah memberikan yang terbaik."
Koeman sedang bersiap sedia untuk berdepan Juventus awal pagi esok dan menjadi lawan paling sukar Andrea Pirlo sebagai jurulatih.

Pirlo, yang mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih, mungkin tanpa khidmat Cristiano Ronaldo, yang berada dalam kuarantin selepas diuji positif coronavirus ketika bersama Portugal.

Koeman berharap Ronaldo bersedia untuk beraksi di sebalik tugas sukar menanti untuk berdepan penjaring gol terbanyak saingan Liga Juara-Juara itu.

"Ini adalah perlawanan antara dua pasukan hebat yang ingin melangkah jauh dalam pertandingan ini. Penting agar kita mendapat keputusan yang baik, dengan bola sepak yang kita mahu bermain," katanya.

"Ia perlawanan yang penting buat semua dan indah untuk disaksikan. Kami sentiasa mahukan yang terbaik di padang. Ronaldo adalah pemain yang hebat. Saya tidak tahu apakah dia akan dapat [bermain]; itu bukan masalah saya, juga bukan keputusan saya. Tetapi mudah-mudahan, dia dapat berada di sana."