Berdepan City tanpa penonton kelebihan buat Real -- Casemiro

Oleh Ammar Hakim 5 Ogos 2020 159
Berdepan City tanpa penonton kelebihan buat Real -- Casemiro
Pemain tengah Real Madrid, Casemiro, berkata beraksi tanpa penonton di Manchester City akan membantu juara LaLiga itu untuk bangkit daripada ketinggalan defisit jaringan.

Real berkunjung ke Stadium Etihad untuk aksi timbal balik pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara (UCL) berdepan skuad bimbingan Pep Guardiola Jumaat ini, selepas tewas 2-1 dalam aksi sebelum ini.

Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne bertindak selaku penjaring -- sementara kapten Real, Sergio Ramos, dilayangkan kad merah di Santiago Bernabeu -- tewas Februari lalu.

Real perlu bangkit di Manchester, tetapi Casemiro percaya skuad kendalian Zinedine Zidane mampu boleh menggunakan kelebihan beraksi tanpa penonton ketika berkunjung ke Stadium Etihad nanti.

"Tanpa penonton, ia perlawanan yang berbeza," katanya

"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat baik dan sukar buat kedua-dua pasukan, tetapi kami mengetahui bahawa peluang masih ada buat kami untuk ke pusingan seterusnya.

"Mereka turun tanpa penonton memberikan kelebihan kepada Real."

   
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen