Belum masa pemain muda untuk ke skuad senior

Oleh Penulis Jemputan 17 November 2017 2595
Belum masa pemain muda untuk ke skuad senior
Pengarah Teknikal, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo, beranggapan barisan pemain bawah 19 tahun negara tidak boleh diletakkan tekanan terlalu awal untuk menggalas tugas berat dalam skuad senior kebangsaan buat masa ini.

De Roo senada dengan pengendali skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak, yang menyifatkan anak buahnya masih belum bersedia untuk mengubah nasib pasukan senior.

Dia juga berpendapat walaupun pasukan itu berjaya menampilkan prestasi cemerlang untuk ke Kejohanan AFC 2018, perjalanan masih lagi panjang untuk mereka benar-benar layak diserap ke skuad senior.

“Saya bersetuju dengan pendapat Bojan. Mungkin untuk meletakkan pemain-pemain muda dalam skuad senior terlalu awal buat masa sekarang kerana sudah ada perancangan buat mereka dan berbekalkan bakat yang dimiliki, mereka mempunyai masa depan yang cerah,” katanya.

De Roo hadir dalam majlis undian Karnival Bolasepak Perempuan B-14, di mana kejohanan yang akan bermula pada 18 November itu bakal menampilkan 12 pasukan.

“Melalui satu kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, karnival ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat baru dan kami juga akan menyediakan platform lain,” ujar Ketua Unit, Jabatan Bolasepak Wanita FAM, Normala Abdul Rashid.

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen