Belotti tekad terajui jentera serangan Azzuri

Oleh Staff Writer 13 November 2016 0
Belotti tekad terajui jentera serangan Azzuri

Andrea Belotti berkata dia mencapai impiannya apabila berjaya memainkan watak penting dalam kemenangan Itali ke atas Liechtenstein.

Penyerang Torino itu menjaringkan dua gol dan menyumbang satu bantuan jaringan bagi mengesahkan Azzuri menang 4-0.

Belotti kini telah merekodkan tiga gol selepas dua penampilan dalam kelayakan Piala Dunia dan berjaya menyumbang lapan gol dalam 10 penampilan Serie A.

Pemain berusia 22 tahun itu bertekad meneruskan momentumnya demi membantu Itali mara ke Russia.

"Seperti pemain lain yang memasang angan-angan seperti saya, kami mahu berikan segalanya," Belotti memberitahu Rai.

"Apabila mendapat peluang beraksi, kami akan memberikan yang terbaik. Saya berjaya menyumbang dua gol dan satu bantuan jaringan."

Pengendali Itali, Giampiero Ventura, menurunkan Antonio Candreva dan Giacomo Bonaventura di bahagian sayap bagi membantu Belotti dan Immobile.

Belotti menambah: "Ini adalah perlawanan pertama di mana kami mengguna pakai taktikal berlainan -- kami beraksi dengan cukup baik.

"Kami sepatutnya menjaringkan gol yang banyak tetapi sukar untuk tidak berpuas hati selepas berjaya melakar kemenangan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen