Kevin De Bruyne berkata Belgium perlu lebih berani untuk mengasai bola selepas merekodkan kemenangan 4-2 ke atas Denmark dalam Liga Negara-Negara Eropah awal pagi tadi.

Skuad kendalian Roberto Martinez itu memperoleh tiga mata penting di Leuven untuk mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan akhir tahun depan.

Youri Tielemans meletakkan Belgium di depan tetapi Jonas Wind kembali menyamakan kedudukan dan Martin Braithwaite sepatutnya menjaringkan gol pendahuluan buat Denmark, yang jelas pasukan lebih baik dalam separuh masa pertama.

Belgium mula menguasai permainan selepas waktu rehat, di mana Romelu Lukaku menjaringkan dua gol dan De Bruyne menghasilkan gol keempat pada lewat permainan selepas penjaga gawang, Thibaut Courtois, melepaskan hantaran Nacer Chadli ke gawang sendiri.

Belgium merekodkan peratusan hantaran tepat (85 peratus) dan memenangi pertarungan di udara (10 berbanding 18) yang lebih rendah dalam babak pertama jika dibandingkan dengan babak berikutnya, di mana Denmark memberikan ancaman bahawa mereka boleh mencipta kejutan untuk memenangi perlawanan itu untuk mengunguli Kumpulan A2.

De Bruyne berasakan mereka perlu lebih berani ketika menguasai bola untuk mengancam kubu Denmark yang dikawal Kasper Schmeichel.

"Ada sebab mengapa negara-negara ini berada dalam balang satu," kata bintang Manchester City itu seperti yang dilaporkan Het Nieuwsblad.

"Denmark sememangnya terlalu bagus untuk bermain bola sepak.

"Kami kurang bermain sebelum waktu rehat.

"Kami perlu menawarkan lebih pilihan dan mencuba untuk bermain dari bawah, seperti yang kami lakukan dalam babak kedua.

"Ia bukan tentang mengubahnya pada separuh masa, ia tentang mempunyai keberanian untuk menguasai bila. Terdapat risiko tetapi ia bukanlah sesuatu yang buruk.

"Kami mempunyai lebih masa dalam permainan dan mula mempamerkan kombinasi yang baik, yang menjadikannya lebih mudah.

"Amat memalukan kami dibolosi gol mudah, yang kerap terjadi dalam kempen kami tetapi kami layak menang," katanya.