JERMAN 2 BELANDA 2

Virgil van Dijk berbangga dengan usaha dipamerkan Belanda dalam saingan Liga Negara-Negara tetapi menjelaskan tumpuan pasukan adalah terhadap kelayakan Euro 2020.


Kapten The Oranje itu meledak gol penyamaan pada penghujung pemainan ketika seri 2-2 dengan Jerman, sekaligus membenarkan skuad bimbingan Ronald Koeman itu mengungguli Liga A dan mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara di Portugal, mengatasi juara dunia, Perancis.

Selepas kegagalan Belanda untuk mara ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, keutmaan Van Dijk adalah memastikan Belanda kembali bersaing dalam kejohanan utama.

"Ia merupakan perasaan yang menakjubkan. Kami seharusnya berbangga dengan pencapaian ini," kata Van Dijk.

"Kami telah berusaha keras dalam setiap perlawanan dan mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara. Kami berharap untuk mengekalkan momentum ini dengan memastikan layak ke Euro 2020, itu sasaran utama.

"Jika kami mampu memenangi saingan ini, ia adalah bonus buat pasukan. Tetapi kami mahu kembali bersaing dalam kejohanan utama dan menaikkan semula bola sepak Belanda," ujarnya.

Frenkie de Jong muncul sebagai bintang sepanjang saingan Liga Negara-Negara, namun mengakui ragu-ragu dengan peluang Belanda ke peringkat seterusnya selepas ketinggalan 2-0 kepada Jerman.

"Semestianya kami meletakkan keyakinan dalam keputusan. Tetapi sejujurnya, kami tidak bermain dengan baik dalam separuh masa pertama. Belanda tidak mampu membalas asakan Jerman.

"Kami telah melakukan pertukaran dalam separuh masa kedua. Kami membawa pasukan Luuk de Jong dan lebih mengambil risiko. Kami sangat beruntung kerana dapat mengikat semula perlawanan dengan menjaringkan dua gol," katanya.

"Ia merupakan keputusan yang mengagumkan untuk mengungguli kumpulan selepas kami diundi bersama Jerman dan Perancis."