Belanda gagal, Robben bersara 

Oleh Penulis Jemputan 11 Oktober 2017 4684
 Belanda gagal, Robben bersara 
BELANDA 2 SWEDEN 0

Arjen Robben memutuskan untuk menggantung but di pentas antarabangsa susulan kegagalan Belanda layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 biarpun menang 2-0 ke atas Sweden, awal pagi tadi. 


Pemain sayap Bayer Munich itu muncul bersama skuad Oranje sejak 2003 yang menyaksikan dia beraksi sebanyak 96 kali sungguhpun kerap dilanda kecederaan. 

Robben, yang mengetuai Belanda, muncul pemain terbaik perlawanan apabila meledak dua gol untuk melebarkan koleksi gol antarabangsanya kepada 37 selain kerap menghadirkan ancaman di bahagian sayap kanan. 

Begitupun, skuad kendalian Dick Advocaat itu perlu menyumbat tujuh gol untuk merebut tangga kedua kumpulan bagi slot play-off ke Russia 2018 selepas tercicir dalam edisi sebelumnya. 

Pemain berusia 33 tahun itu pernah menyertai enam kejohanan besar bersama negaranya dan merupakan antara pemain terbanyak menjaringkan gol untuk Belanda. 

 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen