Bechler tiada dalam perancangan Maloney

Oleh Staff Writer 24 Julai 2020 638
Bechler tiada dalam perancangan Maloney
Bukan mudah untuk menyarung jersi Malaysia, kata ketua jurulatih skuad B-19 negara, Brad Maloney, apabila ditanya mengenai status pemain berdarah campuran Malaysia-Jerman, Joshua Johan Bechler.

Jelasnya, buat masa ini, Bechler masih tiada dalam perancangannya dan barisan kejurulatihan skuad B-19 negara lebih berminat untuk memberi keutamaan buat bakat tempatan.

"Buat masa ini, saya hanya fokus kepada barisan sedia ada tetapi mungkin akan membuat penilaian jika Joshua benar-benar layak dan mampu beri impak kepada pasukan," tambahnya.

Kenyataan Maloney itu sedikit-sebanyak beri kelegaan buat penyerang, Umar Hakim Suhar Redzuan, menjelang Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan, Oktober depan.

"Ini peluang terbaik buat kami dan sudah pasti semua pemain akan mempamerkan aksi terbaik untuk bersaing secara sihat dalam menembusi barisan terakhir pasukan," katanya.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen