Patrice Evra telah dihubungi oleh beberapa kelab selepas kontraknya ditamatkan oleh Marseille.

Kontrak bek kiri, Evra, telah ditamatkan oleh Marseille kerana menendang seorang penyokong ketika tewas kepada Vitoria Guimaraes 1-0 dalam aksi Liga Europa, dengan bekas pertahanan Manchester United dan Juventus itu dilayangkan kad merah sebelum perlawanan bermula.Pemain berusia 36 tahun itu juga telah digantung oleh badan induk bola sepak Eropah, UEFA sehingga penghujung musim ini di atas tindakannya itu , tetapi ejenya, Federico Pastorello, berkata terdapat beberapa kelab sudah mula berhubung untuk mendapatkan khidmat pemain itu.

"Dia menyedari perbuatannya salah tetapi kariernya tidak boleh terhenti begitu sahaja," kata Pastorello.

"Kami telah menerima panggilan daripada beberapa kelab, Secara fizikalnya, Evra berada pada tahap yang jauh lebih baik daripada lima atau enam tahun yang lalu," tambahnya.