Jupp Heynckes mengesahkan bahawa Bayern Munich telah menemuinya untuk kembali bersama pasukan selepas mereka mengambil keputusan untuk memecat Carlo Ancelotti tetapi
pengendali berusia 72 tahun itu menegaskan tiada keputusan telah diambil.


Bayern telah menghentikan perkhidmatan Ancelotti pada penghujung bulan lalu selepas tewas 3-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Kekalahan tersebut menandakan masa Ancelotti di Allianz Arena sudah berakhir tetapi terdapat laporan yang mencadangkan bahawa pengendali kelahiran Itali itu tidak lagi disokong oleh beberapa tonggak utama pasukan di dalam bilik persalinan.

Ia tidak mengambil masa yang lama untuk laporan mula menyebut nama Heynckes, yang berjaya membawa Bayern untuk melakar sejarah bagi menjulang 'treble' sebelum mengundur diri pada 2013.

Heynckes mendedahkan bahawa Bayern telah menawarkannya kontrak untuk kembali bersama kelab itu tetapi beliau menegaskan perlu membuat memikirkannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

"Saya perlu menganalisisnya terlebih dahulu. Empat tahun telah berlalu sejak saya mengakhiri tugas bersama Bayern dan banyak perubahan telah berlaku dalam dunia bola sepak.

"Mereka telah meminta saya untuk mengambil alih tempat jurulatih sehingga musim panas 2018. Kami telah berbincang mengenai beberapa perkara," katanya lagi.