Bayern Munich melengkapkan treble kedua dalam tempoh lapan musim selepas Kingsley Coman menjaringkan gol kemenangan untuk mengatasi Paris Saint-Germain 1-0 dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Skuad kendalian Hansi Flick merupakan pasuka kedua kedua hampir keseluruhan perlawanan di Estadio da Luz, Lisbon, tetapi Coman bertindak sebagai pemisah untuk menafikan bekas kelabnya untuk menjulang gelaran pertama UCL.

Tandukkannya memastikan kemenangan buat Bayern sekaligus mengulangi pencapaian treble yang dilakukan ketika pasukan dibimbing Jupp Heynckes pada musim 2012-13.

Di sebalik perjalanan yang cemerlang buat kedua-dua pasukan melangkah ke final, separuh masa pertama menyaksikan mereka tidak dapat sentuhan terakhir yang cemerlang, dengan Neymar, Kylian Mbappe dan Robert Lewandowski kesemuanya gagal menuempurnakan peluang terhidang.

Coman, produk akademi PSG, memecah kebuntuan pada minit ke-59 dan menjadikan perlawanan lebih rancak.

Tetapi, di sebalik The Parisians berasakan mereka telah dinafikan sepakan penalti selepas insiden melibatkan Mbappe dan Joshua Kimmich, Bayern berjaya mempertahankan jaringan sebelum memastikan kejuaraan Eropah buat kali keenam.



Fakta menarik perlawanan:

- PSG gagal menjaringkan gol dalam perlawanan pertandingan UEFA buat pertama kali dalam 35 perlawanan, kali terakhir melakukannya ketika tewas 1-0 kepada Manchester City pada April 2016.
- Bayern merupakan pasukan pertama dalam sejarah Piala Eropah atau UCL yang meraih kesemua kemenangan dalam setiap perlawanan melangkah ke final (11 kemenangan).
- Bayern menjadi pasukan ketiga dalam sejarah UCL untuk meledak 500 gol (500 gol keseluruhan), selepas Barcelona (517) dan Real Madrid (567).
- Navas menjadi penjaga gol ketiga untuk membuat penampilan dalam final UCLdengan dua pasukan berbeza, selepas Hans-Jorg Butt (Bayern dan Bayer Leverkusen) dan Edwin van der Sar (Man Utd danAjax).
- Pertahanan PSG, Thiago Silva, menjadi pemain kebangsaan Brazil pertama untuk memulakan aksi final Piala Eropah atau UCL sebagai kapten pasukan.