Penyerang Bayern Munich, Sandro Wagner, menolak untuk menerima fasa pemulihan pasukannya dengan menyatakan juara bertahan itu mempunyai barisan pemain yang lebih baik berbanding Borussia Dortmund.

Dortmund kini selesa dengan kelebihan empat mata di puncak liga, tujuh mata di atas Bayern selepas memenangi pertembungan Der Klassiker, minggu lalu.

Wagner berasakan Bayern pasukan yang lebih baik di sebalik permulaan goyah mereka musim ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu menggesa pasukannya bangkit memberikan balasan dengan menjuarai Bundesliga.

"Ia amat gila apabila melihat kedudukan liga sekarang.

"Kami di tangga kelima dan itu bertentangan dengan aspirasi kami.

"Kami perlu menjuarai Bundesliga musim ini. Jika tidak, ia pasti kekecewaan yang besar kerana kami adalah pasukan terbaik di Jerman.

"Dortmund menunjukkan aksi yang baik dalam beberapa perlawanan, namun secara keseluruhan kami adalah pasukan yang lebih baik.

"Semua pemain perlu mempunyai cita-cita untuk bergelar juara Jerman.

"Untuk mengatakan ia adalah fasa pemulihan adalah sampah.

"Kami perlu memenangi Bundesliga," katanya.