Bayern diseru muktamad kejuaraan di Bremen 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Jun 2020 39
Bayern diseru muktamad kejuaraan di Bremen 
BAYERN MUNICH 2 BORUSSIA MONCHENGLADBACH 1

Hansi Flick berpesan kepada bintang-bintang Bayern Munich agar menyempurnakan tugasan di Bremen Rabu ini apabila diambang kejuaraan Bundesliga.


Flick, yang dilantik untuk mengambil alih jawatan Niko Kovac itu November lalu, memperoleh kemenangan ke-25 dalam 28 perlawanan sebagai pengurus hasil sentuhan penyudah Leon Goretzka, awal pagi tadi. 

Ia memastikan kemenangan 2-1 tuan rumah ke atas Borussia Monchengladbach untuk mereka terus meraih tiga mata berharga. 

Bayern kembali dengan kelebihan tujuh mata di puncak untuk mengatasi Borussia Dortmund di tempat kedua tatkala saingan itu berbaki tiga perlawanan.

 

Kemenangan ke atas Werder Bremen di Weserstadion minggu depan akan memastikan kejuaraan Bundesliga mereka yang kelapan berturut-turut.

"Kami dapat mengekalkan jarak dengan kemenangan ini. Hasil besar ini membuatkan saya sangat gembira," katanya.

"Di Bremen, kami ingin menyelesaikan misi dan meneruskan kejayaan.

"Saya benar-benar gembira. Ia juga disebabkan kami berjaya mencatat keputusan yang hebat sepanjang 2020. Sebagai pengurus dan pelatih pasukan, saya berasa sangat seronok."

Bayern kadang-kadang tidak meyakinkan, tetapi tanpa Thomas Muller dan Robert Lewandowski yang ditangguhkan, ia selalu menjadi tugas sukar.

Gladbach berusaha untuk merebut tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim depan, lantas kekalahan itu menjejaskan peluang mereka untuk menduduki tangga keempat.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen