Hansi Flick mengatakan Bayern Munich "dahagakan gol" ketika beliau menyasarkan satu lagi perlawanan yang sempurna ketika berdepan Bayer Leverkusen hujung minggu ini.

Bayern menewaskan Fortuna Dusseldorf 5-0 minggu lalu untuk menjadikannya 86 gol liga musim ini -- bilangan terbanyak daripada mana-mana pasukan dalam saingan Bundesliga selepas 29 pusingan perlawanan.

Juara bertahan itu telah menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan sebanyak lapan kali musim ini, yang lebih banyak daripada pasukan lain daripada lima liga teratas Eropah.

Dan Flick, yang telah memenangi 22 dari 25 perlawanan pertamanya yang mengendalikan Bayern, tidak berniat untuk menghentikan momentum tersebut ketika ketika pasukannya menghampiri gelaran kelapan berturut-turut.

"Cara kami bermain sangat bagus. Kami dahagakan gol," katanya kepada sidang akhbar sebelum perlawanan.
"Kami mahu meraih kemenangan ketika menentang Leverkusen dengan cara yang sama. Leverkusen mempunyai pemain yang sangat pantas dan merupakan pasukan yang berbahaya. Kami mahu cuba memastikan mereka tidak dapat beraksi seperti apa yang telah dirancang."

Bayern telah memenangi 14 dari 15 perlawanan terakhir mereka, termasuk empat berturut-turut sejak saingan Bundesliga bersambung bulan lalu.