Bayern Munich diundi untuk berdepan Borussia Dortmund dalam pusingan 16 terakhir DFB-Pokal bagi mengulangi aksi separuh akhir dramatik musim lalu.

Pada tahun lalu, Ousmane Dembele menjaringkan gol pada minit ke-74 untuk memastikan kemenangan 3-2 ke atas Bayern, sebelum Dortmund akhirnya muncul juara DFB-Pokal.

Dan, skuad Jupp Heynckes itu akan turun membalas dendam apabila kedua-dua pasukan sekali lagi bertemu di Signal Iduna Park pada Disember ini.

Keputusan undian itu bermakna Bayern akan pergi ke Dortmund dua kali dalam tempoh enam minggu, termasuk pertandingan Bundesliga pada 5 November, yang menyaksikan kedua-dua pasukan kini hanya dibezakan dengan tiga mata dalam liga.

Pertembungan lain dalam DFB-Pokal menyaksikan Bayer Leverkusen akan ke Borussia Monchengladbach dan Schalke melayan kunjungan Cologne.

Werder Bremen diundi untuk menentang Freiburg, Mainz akan menghadapi Stuttgart, dan Wolfsburg membuat lawatan ke Nuremberg.

Baki perlawanan lain, Paderborn akan berdepan Ingolstadt, sementara Heidenheim akan bermain di Eintracht Frankfurt.

Semua perlawanan akan diadakan di antara 19-20 Disember.

Undian pusingan 16 terakhir DFB-Pokal:

Mainz v Stuttgart
Nurnberg v Wolfsburg
Bayern Munich v Borussia Dortmund
Heidenheim v Eintracht Frankfurt
Werder Bremen v Freiburg
Borussia Monchengladbach v Bayer Leverkusen
Paderborn v Ingolstadt
Schalke v Koln