Tindakan mengeluarkan Robert Lewandowski dalam separuh masa kedua ketika pasukannya menang tipis 1-0 ke atas Augsburg diambil sebagai langkah berjaga-jaga, kata pengurus Bayern Munich, Hansi Flick.

Penyerang itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13 di Augsburg Arena, semalam, untuk mengesahkan tiga mata Bundesliga buat juara bertahan itu.

Namun, Lewandowski terpaksa digantikan selepas 67 minit permainan dan The FC Hollywood bernasib baik apabila sepakan penalti Alfred Finnbogason dalam aksi itu tersasar.

Flick menjelaskan keputusan drastik itu terpaksa diambilnya selepas anak buahnya tersebut mengadu mengenai pahanya.

"Kami mengambil jalan selamat memandangkan Robert sangat penting buat kami. Kami tidak mahu mengambil risiko," katanya dalam petikan yang dilaporkan oleh SID.

"PaAgi ini dia berasakan sesuatu di otot belakang pahanya, tetapi dia berasakan mampu mengendalikannya dengan baik."




PEneraju liga itu cemerlang dalam tempoh pembukaan tetapi agak lesu dalam babak kedua -- seperti dalam beberapa minggu terakhir ini.

Kemenangan berturut-turut dan rekod tidak dibolosi itu merupakan pencapaian pertama mereka sejak Oktober lalu termasuk kekalahan kepada Borussia Monchengladbach dan penyingkiran mengejutkan kepada Holsten Kiel dalam kedua DFB-Pokal, mengundangkan persoalan mengenai persembahan mereka yang jelas jauh di bawah prestasi sebenar.

Bekas pembantu skuad Jerman itu, bagaimanapun, bahkan menganggap pasukan seperti Bayern -- yang memenangi tiga kejuaraan pada musim 2019-20 -- mustahil mengelak detik sukar seperti ini.

"Pasukan ini telah mengharungi tahun yang luar biasa, ada masa-masanya mereka akan mencapai had prestasi," tambahnya kepada Sky Germany.

"Kami agak bernasib baik ketika bertemu Freiburg dan pada akhirnya ia detik penting perlawanan ini. Kami mahu menambah gol lagi pada hari ini dan membawa tiga mata pulang bersama kami ke Munich."