Pengendali Werder Bremen, Florian Kohfeldt, mendapat kepercayaan yang tepat pada masanya ketika beliau berusaha membantu pasukan daripada mengelak zon penyingkiran.

Bremen bermain dalam Bundesliga sejak 1981-82 tetapi kedudukan mereka kini di bawah ancaman teruk setelah hanya merekodkan empat kemenangan dalam 24 perlawanan pembukaan musim ini.

Mereka menduduki tempat ke-17 daripada 18 pasukan yang bertanding, menjelang pertemuan dengan Bayer Leverkusen, memiliki 10 perlawanan untuk memastikan mereka mengelak penyingkiran.

Frank Baumann, pengarah sukan kelab, menekankan bahawa para pemain mempunyai kualiti untuk bertahan, dan dia berkata, "Saya yakin kepadanya (Kohfeldt). Saya yakin bahawa dia, dengan kualiti dan kerjanya, adalah pengendali yang tepat untuk pasukan ini, untuk situasi ini dan untuk kelab ini."

Kohfeldt, 37, telah menghabiskan masa dua setengah tahun bertugas di Bremen, setelah menggantikan Alexander Nouri.

Bremen dilanda serangan koronavirus setelah salah seorang pemain, yang belum disebutkan namanya oleh kelab, tidak termasuk dalam rancangan pasukan kerana positif COVID-19.

Pemain itu terpaksa mengasingkan diri sebagai hasilnya, dan Baumann berkata: "Saya tidak terkejut sepenuhnya bahawa ada kemungkinan ahli keluarganya telah mendapat jangkitan COVID-19.

"Kami segera memberitahu jabatan kesihatan awam. Anggota keluarga pemain tersebut telah mendapat ujian secara sukarela. Dengan cara itu jangkitan dapat dikenal pasti dengna segera.

"Langkah-langkah yang ditentukan oleh jabatan kesihatan juga dapat diambil dengan cepat. Keluarga tersebut kini telah mula menjalani kuarantin."