Andrea Barzagli mengumumkan bahawa dia telah mengundur diri daripada pasukan kejurulatihan Juventus.

Bekas pertahanan itu bersara sebagai pemain pada penghujung tahun lalu selepas membantu Juve memenangi gelaran Serie A kelapan berturut-turut -- di mana dia terlibat dalam kesemua kejayaan itu.

Juara Piala Dunia edisi 2006 itu, yang memiliki 73 penampilan bersama Itali, mengesahkan semalam bahawa dia perlu membuat keputusan penting dalam hidupnya dengan meninggalkan skuad kendalian Maurizio Sarri itu selepas menyertainya pada September lalu.

"Saya telah memilih untuk membuat keputsan penting dalam hidup saya," kata jurulatih berusia 39 tahun itu dalam Instagram.

"Ia adalah keputusan yang saya buat setulus hati saya! tapi bukan bermakna ia tidak sukar.

"Saya fikir saya perlu menikmati lebih masa bersama keluarga saya, yang menyokong dan menemankan pilihan profesional saya sepanjang beberapa tahun ini.

+-+-+++++++++++

"Hari ini, saya memilih satu keluarga yang lebih penting daripada yang satu lagi, Juventus, yang saya akan sentiasa berterima kasih.

"Tetapi inilah pilihan paling tepat yang saya perlu lakukan.

"Ingatan saya sentiasa buat mereka yang sentiasa memberikan saya penghormatan yang tinggi dan seluruh sokongan, secara profesional dan peribadi.

"Presiden, jurulatih, Fabio dan Pavel. Watak yang menyumbangkan kepada perkembangan saya dengan budi bahasa dan persahabatan yang mereka berikan buat saya.

"Banyak yang harus saya ucapkan terima kasih. Rakan sepasukan, peminat, ahli profesional yang bekerja setiap hari untuk membuat Juventus seperti ini! Saya dapat merangkumkan semuanya dalam satu frasa raksasa: finoallafine [hingga akhir] forza Juventus! Sentiasa milik anda, Andrea!" katanya.