Bartomeu dilaporkan diberkas selepas serbuan di pejabat Barcelona

Oleh Muzaffar Musa 2 Mac 2021 3210
Bartomeu dilaporkan diberkas selepas serbuan di pejabat Barcelona
Polis Catalan menyerbu pejabat Barcelona dan berdasarkan laporan, bekas presiden kelab itu, Josep Maria Bartomeu, telah diberkas.

Dalam satu ciapan Twitter semalam, Los Mossos d'Esquadra mengesahkan "beberapa penggeledahan telah dilakukan" di premis kelab Barca oleh unitnya, yang dikhaskan dalam siasatan berkenaan jenayah ekonomi.

Menurut agensi berita EFE, Bartomeu telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan, bersama CEO kelab itu, Oscar Grau.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Undang-Undang Barca, Roman Gomez Ponti, dan bekas pengarah, Jaume Masferrer, juga ditangkap, kata EFE. 

Siasatan berkenaan difahamkan melibatkan skandal "Barcagate", di mana Barcelona didakwa membayar syarikat media sosial, 13 Ventures, untuk memburuk-burukkan individu terkenal dalam kelab itu seperti Lionel Messi, Pep Guardiola, Xavi, Gerard Pique dan bekas presiden, Joan Laporta, sepanjang di bawah kepimpinan Bartomeu.

Los Mocos menggeledah pejabat Barca pada Julai 2020 berikutan dakwaan itu sebelum kelab berkenaan mengupah Price Waterhouse Coopers untuk menyiasat perkara itu selain firma audit global bagi pihak mereka.

Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah,  Emili Rousaud, Enrique Tombas, Silvio Elias, Josep Pont, Maria Teixidor, Noelia Ronero dan Jordi Calsamiglia telah meletakkan jawatan mereka susulan kes berkenaan.

Oktober lalu, Bartomeu mengundurkan diri daripada jawatan presiden Barcelona, di mana Messi pada ketika itu mencuba untuk meninggalkan kelab berkenaan dan menjelang undi tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Laporta menjadi calon pilihan untuk kembali bertanding sebagai presiden dengan pemilihan kelab itu akan mengambil tempat pada hujung minggu ini.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen