Bartomeu berdepan undi tidak percaya 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 September 2020 2964
Bartomeu berdepan undi tidak percaya 
Presiden Barcelona, ​​Josep Maria Bartomeu, menghadapi undi tidak percaya selepas ahli kelab itu mengakui telah mengumpulkan tandatangan yang mencukupi bagi mengambil langkah drastik. 

Bartomeu berdepan tekanan besar di Camp Nou selepas mengharungi musim 2019-20 yang penuh bergelora untuk Barca kempunan mengecapi sebarang trofi. 

Semalam, gergasi LaLiga itu mengesahkan bahawa sudah mempunyai anggota yang mencukupi untuk melancarkan undi tidak percaya.

Sebanyak 20.687 tandatangan telah dikumpul -- melebihi 16.520 yang diperlukan di sebalik ia masih perlu disahkan sebelum langkah selanjutnya. 

Sekiranya berjaya, dua pertiga ahli harus memilih untuk menyingkirkan Bartomeu dan barisan ahli lembaga pengarah. 

 

Bagaimanapun, pemilihan presiden Barcelona akan diadakan Mac tahun depan dengan Bartomeu, yang telah memegang peranan itu sejak 2014, di bawah tekanan.

Ernesto Valverde dan Quique Setien dipecat sebagai pengurus tahun ini sementara giliran khidmat bekas pengendali Belanda, Ronald Koeman, dipertaruhkan. 

Semalam, Setien mengumumkan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Barcelona atas pemecatannya yang tidak mendapat pampasan. 

Untuk menambah kekalutan itu, Lionel Messi sempat mengancam untuk meninggalkan kelab itu sebelum ketua pasukan tersebut mengubah fikirannya. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen