Barkley mahu kekal dalam skuad utama Three Lions

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 112
Barkley mahu kekal dalam skuad utama Three Lions
Ross Barkley berazam untuk bekerja keras bersama Chelsea untuk kekal dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Gareth Southgate selepas kembali dalam skuad kebangsaan ketika seri 0-0 dengan Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.

Barkley tidak terlibat untuk England sejak 2016 selepas bergelut mencari rentak dan kecergasan ketika menyertai Chelsea.

Bagaimanapun, pemain berusia 24 tahun itu telah beraksi dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Blues di bawah kendalian Maurizio Sarri dan kembali menemui sentuhan terbaiknya.

"Saya pernah beraksi di tahap ini untuk England dan saya sangat gembira kerana berjaya mendapatkan semula tempat saya," kata Barkley.

"Saya bekerja keras untuk mendapatkan semula tahap kecergasan terbaik. Saya berharap dapat mengekalkannya dan terus berkembang.

Perlawanan di antara England dan Croatia dilangsungkan tanpa penonton kerana Croatia didenda dalam aksi kelayakan Euro 2016 berdepan Itali apabila simbol swastika berada di atas padang.

"Kami pernah beraksi dalam situasi ini ketika bersama skuad remaja. 

"Dalam separuh masa kedua, kami memiliki peluang menghasilkan jaringan tetapi gagal menyudahkan percubaan tetapi pasukan tetap berpuas hati dengan satu mata."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen