Barcelona? Zanetti lihat Martinez gembira di Inter

Oleh Nafis Abdullah 24 April 2020 43
Barcelona? Zanetti lihat Martinez gembira di Inter
Naib Presiden Inter Milan, Javier Zanetti, percaya Lautaro Martinez gembira bersama kelab Serie A itu selepas dikaitkan dengan Barcelona.

Martinez dilaporkan menjadi sasaran utama juara LaLiga itu dalam usaha mencari pengganti jangka panjang buat Luis Suarez.

Turut dikaitkan dengan Real Madrid dan Manchester City, Martinez telah meledakkan 16 gol dalam 31 perlawanan bagi semua kejohanan sebelum kempen ditangguhkan ekoran wabak coronavirus.

Zanetti ditanya mengenai Martinez ketika sesi Langsung Instagram bersama bekas penyerang Inter, Christian Vieri, dan dia berkata: "Saya akan jujur. Apabila kami mendapatkannya, kami tahu dia merupakan salah seorang pemain paling berbakat dimiliki Argentina.

"Kini, dengan kerjasama bersama pengendali, Antonio Conte, pada usia 22 tahun, dia mampu menawarkan banyak perkara. Ketika ini, dengan apa yang berlaku, kami tidak fikir apa yang akan dia lakukan.

"Kemudian, lihat nanti tetapi sekarang, saya nampak dia sangat gembira di Inter dan bersama Lukaku, dia sangat hebat."

Martinez meninggalkan Racing Club untuk ke Inter pada 2015 dan pantas mengesahkan statusnya antara penggempur hebat di pentas bola sepak Eropah.

Sejak menyertai Inter, dia telah meledakkan 25 gol.
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen