Bekas penasihat Barcelona, Ariedo Braida, mendakwa gergasi LaLiga itu menolak peluang untuk menandatangani Erling Haaland sebelum kenaikan mendadaknya dalam dunia bola sepak dan berasakan bintang Norway itu tidak sesuai dengan Nou Camp.

Haaland muncul sebagai salah satu penyerang terbaik dalam bola sepak, setelah menjadi bintang utama juara Austria, Salzburg sebelum bergabung dengan pasukan Bundesliga, Borussia Dortmund Januari lalu.

Penyerang berusia 20 tahun itu telah meledak 44 gol dalam semua pertandingan bagi musim 2019-20 -- 16 daripadanya terhasil dalam 18 penampilan sejak berhijrah dari Salzburg ke Dortmund.

Haaland sudah meraih lima gol dalam saingan Bundesliga musim ini, sementara meledak tujuh dalam semua pertandingan.

Braida, yang telah dilepaskan oleh Barca tahun lalu mendedahkan mereka menolak peluang untuk mendapatkan Haaland ketika bersama Molde.

Derby day win!!!????

A post shared by Erling Braut Haaland (@erling.haaland) on



"Saya menilai pemain dan menulis beberapa nama seperti Haaland dari Borussia Dortmund, ketika dia masih lagi bermain di Norway," kata Braida.

"Tetapi kelab berkata tidak kepada saya, dia tidak memiliki profail sebagai seorang pemain Barcelona. Saya juga mencadangkan nama seperti [Nicolo] Barella, pemain Itali yang kini bersama Roma sebelum berhijrah ke Inter.

"Tetapi jika anda tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan kata putus kerana ia telah diberikan kepada orang lain, awak tak boleh buat apa-apa. Saya telah diasingkan."

Haaland bakal membuat penampilan ke-10 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Zenit awal pagi Khamis ini.