Barcelona tidak dapat bersaing secara kewangan dengan Paris Saint-Germain (PSG) jika juara Perancis itu mahukan Lionel Messi, kata calon presiden kelab Catalan itu, Agusti Benedito.

Pemenang enam kami Augerah Ballon d'Or, Messi, gagal dalam rancangannya untuk meniggalkan Camp Nou pada penhujung musim lalu tetapi akan memegang status ejen bebas pada penghujung musim ini, yang bermakna dia sudah boleh memulakan perbincangan dengan kelab lain bermula bulan depan.

Manchester City dan Inter Milan dikaitkan sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan bintang Argentina itu tetapi laporan di Sepanyol bulan lalu mendakwa PSG sedang mendahului perebutan untuk mendapatkan tandatangan Messi walaupun bapa dan ejen pemain itu, Jorge, melabelkan berita berkenaan sebagai palsu.

Neymar baru-baru ini memberikan gambaran bahawa dia gembira sekiranya PSG membawa bekas rakan sepasukannya itu ke Parc des Princes dan Benedito -- yang akan bersaing bagi menggantikan Josep Maria Bartomeu dalam pemilihan persiden kelab itu bulan depan -- menyedari Barca akan berdepan ujian besar.

PSG mempunyai sokongan kewangan yang besar daripada pemilik berbangsa Qatar mereka dan berazam untuk membina pasukan yang boleh menakluk Eropah.

"Apabila saya mendengar Neymar (berkata mahu bermain dengan Messi), saya berkata 'Oh tidak, kami perlu berhati-hati',"Kata Benedito kepada Marca.

"Jika PSG mahukannya, secara ekonominya, kami tidak mampu untuk bersaing. Saya berharap harinya akan tiba untuk Messi, selepas 20 tahun di Bercelona, berkata dia mahu terus bersama Barcelona."

Benedito menambah: "Kami semua gembira jika dia mahu terus berada di Barcelona. Dia pemain terbaik dunia. Saya dengar Messi katakan yang dia mahu berpindah (awal tahun ini) dan keputusan itu tidaklah berlaku secara tiba-tiba.

"Perkara pertama yang perlu diubah adalah pandangannya kerana jika kami perlu bersaing dengan pasukan lain di Eropah yang mahukan Messi... jika isunya dalah berkaitan ekonomi, kami tidak akan dapat bersaing," katanya.

Kedudukan kewangan Barca terjejas teruk berikutan pandemik koronavirus dengan pasukan gergasi Catalan itu mengumumkan bahawa pembayaran gaji pemain mereka dilewatkan.