Barcelona tidak menjalani sebarang perbincangan dengan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar atau penyerang Inter, Lautaro Martinez, menurut presiden LaLiga, Javier Tebas.

Gergasi LaLiga itu telah dikaitkan dengan perpindahan melibatkan Neymar dan Martinez apabila terdapat spekulasi mereka mungkin mendapatkan khidmat kedua-dua pemain.

Bagaimanapun, Tebas menolak khabar angin tersebut, dengan berkata Barca memiliki keutamaan lain ketika pandemik koronavirus.

"Ia adalah tidak benar bahawa Barca sedang berada dalam proses perbincangan menandatangani kedua-dua pemain ini," katanya.

"Mereka memberikan tumpuan kepada bila musim ini boleh bersambung semula. Terdapat tawaran pertukaran yang bakal dilakukan tetapi perpindahan bukanlah keutamaan mereka ketika ini.

"Mereka mahu cuba menangani apa yang perlu dihadapi ketika ini dan tiada sebarang perbincangan dilakukan. Neymar atau Martinez tidak berada dalam perancanan mereka."

Saingan LaLiga tertangguh ekoran pandemik koronavirus, yang telah meragut lebih daripada 22,500 nyawa di Sepanyol.