Barcelona sedia beri kerjasama penuh selepas pejabat diserbu

Oleh Muzaffar Musa 2 Mac 2021 1296
Barcelona sedia beri kerjasama penuh selepas pejabat diserbu
Barcelona berkata mereka akan memberikan "kerjasama penuh" kepada pihak polis untuk melakukan siasatan susulan serbuan ke atas pejabat kelab mereka.

Dalam satu ciapan Twitter semalam, Los Mossos d'Esquadra mengesahkan "beberapa penggeledahan telah dilakukan" di premis kelab Barca oleh unitnya, yang dikhaskan dalam siasatan berkenaan jenayah ekonomi.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu berkata: "Berkenaan kedatangan dan penggeledahan yang dilakukan Polis Catalan di pejabat Camp Nou pagi ini dengan Perintah Mahkamah nombor 13 di Barcelona,  yang bertanggungjawab ke atas kes yang berkaitan dengan menghubungi perkhidmatan pemantauan di jaringan sosial, FC Barcelona telah menawarkan kerjasama penuh mereka buat pihak berkuasa undang-undang dan pihak polis untuk menjelaskan setiap perkara yang berkaitan dengan siasatan ini.

"Maklumat dan dokumentasi yang diminta oleh pihak polis adalah benar-benar berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan kes ini.

"FC Barcelona memberikan penghormatan yang tinggi terhadap proses penghakiman yang sedang dijalankan dan atas prinsip dan buat pihak yang dirasakan tidak bersalah dan terkesan dengan siasatan ini," katanya.

Menurut agensi berita EFE, Bartomeu telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan, bersama CEO kelab itu, Oscar Grau.

Ketua Bahagian Perkhidmatan Undang-Undang Barca, Roman Gomez Ponti, dan bekas pengarah, Jaume Masferrer, juga ditangkap, kata EFE. 

Siasatan berkenaan difahamkan melibatkan skandal "Barcagate", di mana Barcelona didakwa membayar syarikat media sosial, 13 Ventures, untuk memburuk-burukkan individu terkenal dalam kelab itu seperti Lionel Messi, Pep Guardiola, Xavi, Gerard Pique dan bekas presiden, Joan Laporta, sepanjang di bawah kepimpinan Bartomeu.

Los Mocos menggeledah pejabat Barca pada Julai 2020 berikutan dakwaan itu sebelum kelab berkenaan mengupah Price Waterhouse Coopers untuk menyiasat perkara itu selain firma audit global bagi pihak mereka.

Bagaimanapun, ahli lembaga pengarah,  Emili Rousaud, Enrique Tombas, Silvio Elias, Josep Pont, Maria Teixidor, Noelia Ronero dan Jordi Calsamiglia telah meletakkan jawatan mereka susulan kes berkenaan.

Oktober lalu, Bartomeu mengundurkan diri daripada jawatan presiden Barcelona, di mana Messi pada ketika itu mencuba untuk meninggalkan kelab berkenaan dan menjelang undi tidak percaya terhadap kepimpinannya.

Laporta menjadi calon pilihan untuk kembali bertanding sebagai presiden dengan pemilihan kelab itu akan mengambil tempat pada hujung minggu ini.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen