Barcelona perlu berjaya sekali lagi jika mahu memastikan Lionel Messi gembira, kata ketua jurulatih, Ronald Koeman.

Dalam satu temubual bersama SPORT yang diterbitkan Selasa lalu, pemenang Ballon d'Or enam kali, Messi, menyatakan keinginannya untuk melihat ke hadapan selepas mahu meninggalkan kelab dalam beberapa kali sebelum ini.

Pemain berusia 33 tahun itu telah berusaha, dan gagal, berhijrah secara percuma sebelum sekali lagi membidaskan layanan kelab terhadap penghijrahan Luis Suarez yang menyertai Atletico Madrid.

Messi, yang memiliki kontrak bakal tamat penghujung musim 2020-21, telah menegaskan mahu melihat ke hadapan dan Koeman menyambutnya dengan baik.

"Saya tidak mengetahui jika kenyataan Leo saya akan mengharungi hari-hari yang sunyi, saya tidak pasti," katanya.

"Tetapi ia adalah sesuatu yang positif dikatakan oleh kapten pasukan, meminta untuk setiap pemain bersatu. Kami berharap pasukan akan lebih tenang berbanding sebelum ini."

Kritikan Messi bertumpu mengelilingi presiden, Josep Maria Bartomeu, yang bakal melepaskan jawatan Mac tahun depan, dan mencadangkan dia tidak berpuas hati lama sebelum pelantikan Koeman.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Belanda itu berasakan kunci untuk mengekalkan Messi adalah keputusan di atas padang.

"Saya tidak tahun jika saya memiliki segalanya dalam tangan," kata Koeman yang membalas apabila disoal dapat mengekalkan bintang itu.

"Anda perlu mendapatkan pasukan terbaik buatnya, di mana dia dapat menyinar dengan sepenuhnya. Dan mendapatkan formula dalam latihan.

"Saya melihat dia hidup untuk bola sepak, walaupun dalam sesi latihan dia mahu menang segala-galanya. Untuk memastikan Leo gembira, kami perlu menang."