Barcelona mampu hadapi ketiadaan Messi -- Pique

Oleh Penulis Jemputan 21 Oktober 2018 137
Barcelona mampu hadapi ketiadaan Messi -- Pique
Pertahanan Barcelona, Gerald Pique, sedar akan kehilangan kapten pasukan, Lionel Messi, namun menegaskan pasukannya itu mampu menghadapi aksi tanpa kelibat bintang tersebut.

Messi terpaksa direhatkan selama tiga minggu selepas patah tangan kanan dalam pertemuan merebut tempat teratas liga menentang Sevilla, awal pagi tadi, yang menyaksikan Barca menang 4-2 di Camp Nou.
 
Selepas terlibat dengan dua jaringan awal, Messi terjatuh dan terhempap tangan kanannya sebelum terpaksa dikeluarkan dalam babak pertama.

Messi akan terlepas aksi El Clasico berdepan Real Madrid, Ahad depan, selain akan turut dipinggirkan ketika menentang Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Khamis ini.

"Daripada aspek minda, kami tahu kami lebih kuat dengan kehadirannya, namun kami tidak boleh membiarkan ketiadaannya itu menganggu prestasi kami.

"Memang ada kekurangan tanpa Messi, namun kami mempunyai pemain-pemain yang mampu mengisi kekurangan itu," kata Pique.

Messi menjaringkan tujuh gol dalam kempen LaLiga serta 12 jaringan dalam semua kejohanan musim ini.

"Kami akan memastikan ketiadaan Leo tidak dapat dirasai mereka yang menyaksikan perlawanan kami nanti," tambah pemain tengah Barca, Ivan Rakitic.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen