Barcelona belum hubungi Sociedad mengenai Willian Jose

Oleh Staff Writer 8 Februari 2020 194
Barcelona belum hubungi Sociedad mengenai Willian Jose
Presiden Real Sociedad, Jokin Aperribay, berkata masih tiada kelab yang bertanya tentang Willian Jose tetapi sedar Barcelona sedang mencari penyerang.

Barca mahu memperkuatkan barisan depan selepas Luis Suarez mengalami kecederaan dan Ousmane Dembele bakal menjalani pembedahan paha, Selasa ini.

Juara LaLiga itu yakin dapat melengkapkan perpindahan terdesak walaupun di luar jendela perpindahan susulan kekalahan baru-baru ini.

Penyerang Sociedad, Willian Jose, yang dikaitkan dengan Tottenham Hotspur dan Manchester United ketika jendela perpindahan bulan lalu, dilaporkan menjadi sasaran utama Barca.

"Kami masih belum berbincang dengan sesiapa," kata Aperribay.

"Saya tidak tahu apa akan berlaku.

"Saya terbaca tentangnya tetapi benar, pasaran telah ditutup. Saya tidak boleh memberikan kenyataan.

"Willian Jose adalah pemain yang menarik minat banyak pasukan ketika jendela perpindahan musim sejuk dan kami tahu Barca sedang mencari penyerang.

"Saya tidak tahu jika mereka akan menghubungi kami tetapi sehingga kini, tiada sebarang panggilan. Willian Jose adalah pemain penting dan kami akan rindukannya.

"Masih ada banyak perlawanan dan kami perlukan semua pemain."

Willian Jose telah meledakkan lapan gol dalam 21 penampilan LaLiga buat Sociedad, musim ini.

Sociedad kini menduduki tangga kelapan liga dan akan menghadapi pertemuan setempat Basque menentang Athletic Bilbao sambil Barca akan berkunjung ke Real Betis.



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen