Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, mendedahkan kelab itu sedang membincangkan mengenai kebarangkalian untuk meninggalkan LaLiga jika Catalonia meraih kemerdekaan daripada Sepanyol.

Catalan, yang telah mengeluarkan referendum kemerdekaan yang dianggap satu lagi kegiatan yang melanggar undang-undang kerajaan, telah mencetus pertempuran di antara pihak aktivis dan pegawai polis.

Bartomeu berkata masa depan Barca dalam LaLiga perlu dibincangkan jika Catalonia mencapai kemerdekaan.

"Situasi ini masih belum wujud setakat ini," katanya.

"Tetapi jika ia akan berlaku, terdapat perkara yang harus dilakukan. Kami perlu menganalisis perkara ini dengan tenang.

"Kami akan berusaha untuk mendapatkan keputusan yang terbaik. Jika ia (kemerdekaan) diraih Catalonia, kelab akan mengambil keputusan yang sewajarnya," tambahnya.

Barcelona merupakan juara LaLiga 24 kali, hanya ketinggalan kepada seteru, Real Madrid (33 kali).