Naib Presiden Gremio, Odorico Roman, mendakwa pemain sasaran Barcelona, Arthur, tidak akan dibenarkan meninggalkan kelab itu jika tidak mengaktifkan klausa perpindahannya yang bernilai EURO50 juta (RM243 juta).

Pada awal bulan ini, pemain tengah itu telah dipaksa menafikan laporan bahawa dia telah bersetuju untuk menyertai pendahulu LaLiga itu selepas wakilnya dilihat berada di Catalan.

Arthur merupakan bintang dalam pembikinan dan telah membantu Gremio menjuarai Copa Libertadores 2017.

Roman berkata Barcelona perlu bersaing bagi mendapatkan tandatangan Arthur selepas terdapat kelab seperti Real Madrid, Chelsea dan Inter yang turut berusaha mendapatkan khidmatnya.

"Gremio memperbaharui kontrak Arthur manakala klausa perpindahannya bernilai EURO50 juta dan kami tidak merancang untuk menjualnya kurang daripada harga itu.

"Jika Barca menawarkan rendah daripada itu, Arthur tidak akan ke mana-mana.

"Berdasarkan laporan, kami mengetahui Chelsea, Inter dan Real Madrid turut berminat mendapatkan khidmatnya," ujarnya.