Penjaga Barcelona, Jasper Cillessen, terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan betis.

Pemain berusia 27 tahun itu, yang telah berkhidmat sebagai penjaga gol sandaran kepada pilihan nombor satu pasukan, Marc-Andre ter Stegen, sejak berhijrah ke Camp Nou dari Ajax pada Ogos, beraksi dalam empat perlawanan buat juara LaLiga itu.

Satu kenyataan daripada laman rasmi Barcelona menyatakan, "Pemain pilihan utama pasukan, Jasper Cillessen, mengalami kecederaan di bahagian betis kiri dan doktor memberitahu dia tidak dapat beraksi selama dua minggu."

Skuad kendalian Luis Enrique menyambung semula kempen musim 2016-17 dengan berkunjung ke Athletic Bilbao untuk perlawanan Copa del Rey pada 5 Januari sebelum bertemu Villarreal dalam aksi LaLiga tiga hari berikutnya.

Cillessen dijangka terlepas aksi timbal balik berdepan Athletic pada 11 Januari.