Barca buntu buat kali pertama di peringkat kumpulan sejak lima tahun

Oleh Penulis Jemputan 1 November 2017 2605
Barca buntu buat kali pertama di peringkat kumpulan sejak lima tahun
OLYMPIACOS 0 BARCELONA 0

Sudah menjadi kebiasaan mengesahkan kemaraan awal dalam Liga Juara-Juara tetapi seri 0-0 menentang Olympiacos pada awal pagi tadi adalah rekod pertama Barcelona gagal menjaringkan gol di peringkat kumpulan sejak 2012.


Pendahulu La Liga bimbingan Ernesto Valverde itu kecewa apabila mereka diikat tanpa jaringan di Greece walaupun mengekalkan kelebihan tiga mata di tangga teratas Kumpulan D berikutan kegagalan Juventus mengalahkan Sporting CP.

Ini kali pertama sejak Disember 2012 Barca gagal menjaringkan gol dalam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara. Dalam kejohanan pada tahun itu, mereka seri 0-0 menentang Benfica.

Lionel Messi dan Luis Suarez berusaha keras untuk memecah kebuntuan, dengan kedua-duanya -- yang hanya merekodkan tiga gol dalam 13 perlawanan musim ini -- gagal menemui jaring walaupun membuat tujuh percubaan.

Barca akan kembali beraksi untuk aksi penting dalam liga menentang Sevilla, Ahad ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen