Bantuan FIFA mampu bantu atasi isu kewangan

Oleh Ammar Hakim 27 Jun 2020 276
Bantuan FIFA mampu bantu atasi isu kewangan
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mengakui dana bantuan Covid-19 berjumlah USD1.5 juta (RM4.29 juta) daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mampu untuk membantu menangani kemelut kewangan.

Kelmarin, FIFA sebulat suara meluluskan pelan bantuan Covid-19 itu selepas mengambil kira pelbagai faktor yang melumpuhkan industri bola sepak dunia.

"Keputusan yang dibuat FIFA adalah adil, pengagihannya dilakukan secara sama. Ia bukan bermakna untuk menyelesaikan masalah bola sepak dunia atau negara tetapi bagi membantu persatuan selepas berdepan pandemik Covid-19. FAM juga terjejas disebabkan Covid-19," katanya.

Dalam perkembangan lain, Stuart turut menegaskan kepentingan untuk menyambung saingan liga tempatan tatkala ia bakal memberi impak kepada tahap prestasi skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

"Ia akan menjejaskan persiapan pasukan kebangsaan termasuk kecergasan pemain. Jadi, saya rasa perjalanan liga tempatan akan membolehkan pemain meraih permainan konsisten sebelum saingan penting, Oktober nanti," tambah Stuart.

Walaupun akan ada aksi persahabatan pada September nanti, namun saingan liga tempatan tetap yang terbaik untuk skuad kebangsaan."


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen