Banega: Sevilla mahu tiga mata, bukan balas dendam

Oleh Penulis Jemputan 2 November 2017 227
Banega: Sevilla mahu tiga mata, bukan balas dendam
Ever Banega menyifatkan kemenangan 2-1 Sevilla ke atas Spartak Moscow di laman sendiri bukan satu misi membalas dendam, sebaliknya hanya untuk meraih tiga mata.

Dua minggu lalu, Sevilla tewas 1-5 di Russia tetapi dalam aksi awal pagi tadi, skuad kendalian Eduardo Berizzo itu turun mempamerkan kebangkitan sebelum menang 2-1, sekaligus mengundang pujian daripada pemain tengah Argentina itu.

Banega muncul sebagai pemain terbaik perlawanan selepas membuka ruang buat Clement Lenglet untuk menjaringkan gol pertama tuan rumah sebelum dia sendiri menjaringkan gol kemenangan dalam babak kedua.

"Ini bukan tentang dendam, ia hanya misi mendapatkan tiga mata.

"Kami cuba untuk mengawal perlawanan tetapi apa yang sangat membuatkan kami teruja dengan persembahan kami adalah personaliti yang dimiliki dalam pasukan. Ketenangan sentiasa menjadikan kami lebih baik," kata Banega.

"Kami beraksi dengan baik selama 70 minit tetapi kami melepaskan peluang untuk menjadikan kedudukan 3-0.

"Pelawat berjaya meraih jaringan dan kami terlepas peluang itu," tambah Lenglet.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen