Balotelli: Saya ada bukti hadiri latihan

Oleh Shaiful Shamsudin 1 Jun 2020 103
Balotelli: Saya ada bukti hadiri latihan
Mario Balotelli membidas laporan yang mengaitkannya gagal menghadiri latihan Ahad lalu sambil merujuk bahawa "kelibatnya boleh dibuktikan melalui kamera" dalam sesi itu.

Balotelli mengharungi musim yang sukar bersama kelab kampung halamannya, Brescia, yang menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu hanya menyumbat lima gol dalam 19 penampilan Serie A musim ini.

Presiden Brescia, Massimo Cellino, Khamis lalu mendedahkan bahawa dia menjangkakan bekas penyerang Itali itu akan berhijrah sambil mengakui ia adalah satu kesilapan untuk menandatangani bekas penggempur Manchester City berkenaan yang dilaporkan ponteng sesi latihan pada Selasa lalu. 

Laporan serupa juga muncul di media Itali Ahad lalu, namun dia menafikan spekulasi itu di Instagram.

"Bagaimana anda boleh menulis berita yang mengatakan saya tidak berlatih di padang? Terdapat ramai wartawan di pusat latihan sepanjang sesi saya itu, jelas sekali ia dirakamkan kamera televisyen mereka!" katanya di laman sosial.

"Saya menghadiri dua sesi latihan sehari, hampir setiap hari! Bagaimana anda boleh menolak bukti itu? Tidak sangka bahawa saya adalah hantu kerana tidak boleh dilihat dirakamkan kamera."

Selain kritikan Celino itu, Balotteli juga bertelingkah mengenai corak latihan di bawah bekas pengurus, Fabio Grosso, November lalu.

Dia diizinkan untuk meninggalkan kelab itu Januari lalu, namun terus kekal sebelum wabak COVID-19 menyebabkan penangguhan musim ini sejak Mac lalu.



 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen