Giampiero Ventura berkata penyerang Nice, Mario Balotelli, perlu menunjukkan keinginannya bermain untuk skuad kebangsaan Itali jika mahu beraksi dalam perlawanan antarabangsa pada 2017.

Balotelli tidak beraksi bersama The Azzurri sejak Piala Dunia Brazil tetapi namanya sekali lagi menjadi perbualan utama selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama Nice.

Selepas gagal cemerlang di Liverpool dan AC Milan, penyerang itu menemui rentak permainannya dalam Ligue 1, dengan meledak lapan gol dan membantu pasukannya berada di persada liga.

Itali tidak memiliki sebarang perlawanan antarabangsa sehingga aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Albania pada Mac dan ketua jurulatih, Ventura, memberi bayangan Balotelli berkemungkinan besar dipanggil semula.

"Adakah saya akan berbincang dengan Balotelli? Ya," kata Ventura.

"Adakah dia akan beraksi bersama Itali? Buat masa ini, saya tidak memiliki jawapan untuk soalan itu.

"Kekuatan sesebuah pasukan adalah setiap pemain memiliki tujuan yang sama, setiap pemain memiliki mentaliti yang sama."