Penyerang Real Madrid, Gareth Bale, gagal menjaringkan sebarang gol dalam 10 perlawanan LaLiga secara berturut-turut, rekod terburuknya sejak menyertai pasukan itu pada 2013.

Bale gagal menghasilkan sebarang jaringan ketika pertemuan menentang Valencia yang menyaksikan jaringan sendiri Daniel Wass dan gol lewat permainan Lukas Vazquez memastikan kemenangan 2-0 buat pasukannya itu, awal pagi tadi.

Bintang Wales itu dikeluarkan pengendali pasukan, Santiago Solari, pada minit ke-63 selepas gagal memberikan sebarang impak dalam perlawanan.

Kali terakhir Bale menghasilkan jaringan dalam saingan LaLiga adalah ketika membantu Real Madrid menewaskan Girona 4-1, 27 Ogos lalu.