Isco mengakui rakan sepasukannya di Real Madrid, Gareth Bale, sedang mengharungi waktu yang sukar selepas mengalami kecederaan pangkal paha.

Kecederaan Bale bertambah teruk apabila dia terpaksa diketepikan selama sebulan.

Pemain berusia 28 tahun itu, yang sekadar membuat sembilan penampilan dalam semua kejohanan musim ini, dikhabarkan bakal kembali dalam kesebelasan utama berdepan Atletico Madrid sebelum mengesahkan kecederaan yang dialami pada kaki kirinya.

"Bale sudah lama mengalami kecederaan ini," kata Isco sebelum aksi persahabatan Sepanyol berdepan Costa Rica.

"Dia sedang mengharungi waktu yang sukar."

Bale tidak beraksi untuk juara Sepanyol dan Eropah itu sejak kemenangan 3-1 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada 26 September lalu.