Bacca teruja Falcao dipanggil semula

Oleh Dom Farrell 9 November 2016 2
Bacca teruja Falcao dipanggil semula

Carlos Bacca menyambut baik persaingan oleh penyerang Monaco, Radamel Falcao, yang kembali menyertai skuad Colombia.

Bacca, yang telah menjaringkan enam gol dalam 12 penampilan bersama AC Milan, mengembalikan zaman kegemilangan gergasi Serie A itu untuk bersaing merebut takhta liga.

Sementara itu, rakan senegaranya, Falcao juga kembali menemui sentuhan gol selepas dua musim yang hambar bersama Manchester United dan Chelsea, dengan pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan 10 gol buat Monaco -- empat daripadanya dijaringkan minggu ini ketika menewaskan CSKA Moscow dan Nancy.

Prestasi cemerlangnya telah memikat pengendali pasukan, Jose Pekerman, dan berkemungkinan besar akan beraksi buat pertama kali sejak 13 bulan lalu ketika bertemu Chile di Barranquilla, Khamis ini.

"Saya sangat gembira melihat Falcao kembali ke skuad kebangsaan, kami mengetahui dia telah bekerja keras untuk bermain di pentas ini," kata Bacca.

"Kami mengetahui kepentingan Falcao buat Colombia dan berharap dia mampu menghasilkan gol.

"Perkara yang paling penting adalah untuk kami memberikan yang terbaik, pasukan-pasukan dalam aksi kelayakan ini amat sukar," jelas Bacca.

Tentang Penulis

Dom Farrell

Komen