Pierre-Emerick Aubameyang mengulangi hasratnya bermain untuk Real Madrid tetapi menegaskan dia tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk meninggalkan Borussia Dortmund.

Pemain kebangsaan Gabon itu tidak merahsiakan harapannya untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu selepas kembali menyengat di depan pintu gol dan ia telah menghidupkan semula peluang untuknya mencapai cita-cita beraksi bersama gergasi Sepanyol itu.

Penyerang berusia 27 tahun itu berkata bahawa dia tidak akan terlalu kecewa jika perpindahan ke Real tidak berlaku.

"Real memiliki hubungan yang rapat dengan keluarga saya," katanya.

"Beraksi sebagai pemain Real merupakan impian saya ketika memulakan karier sebagai pemain bola sepak. Tetapi jika perpindahan itu tidak berlaku, saya tidak akan kecewa."

Paris Saint-Germain (PSG) juga dilihat sebagai destinasi Aubameyang jika dia berhasrat untuk meninggalkan Signal Iduna Park.

"Ya, PSG telah menghubungi saya untuk mengadakan perbincangan."