Aubameyang jaringkan gol ke-100 Dortmund

Oleh Staff Writer 17 Disember 2016 0
Aubameyang jaringkan gol ke-100 Dortmund
Pierre-Emerick Aubameyang yang menjaringkan gol dalam keputusan seri 2-2 Borussia Dortmund dengan Hoffenheim, sekali gus menyaksikan kelab itu telah menjaringkan 100 gol dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Gabon itu berlari untuk mendapatkan bola lorongan dari Ousmane Dembele pada awal separuh masa kedua sebelum menewaskan penjaga gol Oliver Baumann dengan satu sepakan untuk meraih keputusan seri dalam perlawanan yang cukup sengit untuk BVB.

Aubameyang menyertai Dortmund dari Saint-Etienne pada tahun 2013 dan menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan yang berpengkalan di Signal Iduna Park dalam kemenangan 4-0 pada aksi Bundesliga ke atas Augsburg, perlawanan di mana dia akhirnya menjaringkan hatrik.

Pemain berusia 27 tahun itu menamatkan kempen pertamanya di Dortmund dengan 16 gol dalam semua pertandingan dan telah memperbaiki rekodnya pada tahun berikutnya dengan menjaringkan 25 gol pada musim 2014-15 dan kemudiannya menjaringkan 39 gol bagi musim 2015- 16.

Penyerang itu telah menjaringkan 20 gol dalam 21 penampilan dalam semua kejohanan musim ini dan muncul penjaring terbanyak di Bundesliga untuk ketika ini dengan merekodkan 16 jaringan.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen