ATPP juara Kejohanan Antarabangsa BSS B-8 2018

Oleh Staff Writer 11 Disember 2018 931
ATPP juara Kejohanan Antarabangsa BSS B-8 2018
Akademi Tunas Petaling Perdana (ATPP) muncul juara Kejohanan Antarabangsa Sekolah Bolasepak Bangkok (BSS) B-8 2018 di Pattaya, Thailand, hujung minggu lalu.

Akademi di bawah naungan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) itu melepasi saingan peringkat kumpulan dengan rekod lima kemenangan dan satu seri sebelum menewaskan wakil Hong Kong, Tai Tam Dragons, 2-1 di peringkat suku akhir.

Aksi separuh akhir pula mempertemukan ATPP dengan satu lagi wakil Hong Kong, APSS A, yang berkesudahan ATTP ke final menerusi kemenangan 3-1.

Di sebalik usia yang masih muda, barisan pemain ATPP jelas mempunyai kekuatan mental yang tinggi selepas menundukkan wakil tuan rumah, OAZ Thailand, 1-0 dalam aksi final.

Keputusan penuh membabitkan ATPP:
8 Disember (Sabtu)
ATPP Malaysia 2 - 1 OAZ, Thailand
ATPP, Malaysia 3 - 0 Lanmor FC, China
ATPP, Malaysia 2 - 1 Tai Tam Dragons, Hong Kong
ATPP, Malaysia 3 - 0 BSS Utd, Thailand

9 Disember (Ahad)
ATPP, Malaysia 1 - 1 Palladiem Pattaya, Thailand
ATPP, Malaysia 2 - 1 SSCA Blanco, Singapura
Suku Akhir :
ATPP, Malaysia 2 - 1 Tai Tam Dragons, Hong Kong
Separuh Akhir :
ATPP, Malaysia 3 - 1 APSS A, Hong Kong
Akhir :
ATPP, Malaysia 1 - 0 OAZ, Thailand

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen