Atletico Madrid tanpa khidmat Diego Godin, Koke dan Diego Costa untuk aksi LaLiga berdepan Leganes, malam ini.
Trio itu berlatih berasingan daripada skuad utama kerana mengalami kecederaan otot kelmarin dan disahkan tidak cergas oleh pengendali pasukan, Diego Simeone.
Bagaimanapun, pertahanan tengah, Jose Gimenez, bebas untuk beraksi selepas pulih daripada kecederaan paha ketika seri 1-1 dengan Villarreal, 20 Oktober lalu.
Atletico akan kembali menghuni takta liga jika melakar kemenangan di Butarque walaupun Barcelona boleh memintas mereka semula selepas berkunjung ke Rayo Vallecano.
Penulis Jemputan
Sat Nov 03 2018