Diego Simeone mendedahkan pendahulu LaLiga, Atletico Madrid, hampir memeterai perjanjian dengan Moussa Dembele.

Rundingan Atletico dan Lyon berjalan lancar yang akan menyaksikan penyerang Lyon itu berpindah ke Wanda Metropolitano secara pinjaman dengan pilihan untuk membelinya.

Atleti dilaporkan akan dapat menjamin khidmat Dembele dengan bayaran €35 juta (RM172.9j) sekiranya bekas pemain Perancis B-21 itu bersetuju untuk kekal sebelum akhir musim ini.

Dembele hanya sekali sekali menggegar gawang lawan dalam 16 perlawanan Ligue 1 musim ini selepas meledak 24 gol dalam 46 perlawanan sepanjang musim 2019-20.



Simeone diajukan soalan mengenai kelibat pemain baru itu susulan kemenangan 2-0 ke atas Sevilla bagi kempen LaLiga di ibu negara Sepanyol, awal pagi tadi.

"Ini menunjukkan kemajuan pesat," kata pengurus Atletico itu.

"Kami akan mengesahkannya."

Atletico melebarkan kelebihan di puncak LaLiga dengan empat mata hasil jaringan sumbangan Angel Correa dan Saul Niguez.

Correa memecah kebuntuan pada minit ke-17 sebelum rakan sepasukannya itu mengukuhkan kedudukan mereka ketika permainan berbaki 14 minit.

Berdasarkan analisis Per Opta, 19 daripada 39 gol Correa merupakan jaringan pembukaan.

Sementara itu, Atletico muncul salah satu daripada dua pasukan yang memiliki jaringan tertinggi dalam kancah liga utama Eropah musim ini (11 gol dalam 16 perlawanan) untuk setaraf dengan juara Ligue 1, Paris Saint-Germain.


Mengenai Saul, yang baru saja memulakan tujuh dari 13 perlawanan LaLiga musim ini, Simeone berkata: "Seperti semua yang ada dalam kehidupan ini, orang pertama yang harus keluar daripada kesulitan adalah dirinya sendiri dan Saul menggemarinya.

"Dia sedar dia tidak cergas tetapi sentiasa bekerja. Sejak berusia 18 tahun lagi, dia tekag menjalani kehidupan dengan sangat baik dan sekarang dia perlu mengharungi detik berbeza lalu Saul mengeluarkan dirinya sendiri daripada situasi sukar."

Simeone diangkat sebagai jurulatih terbaik dekad ini oleh Persekutuan Sejarah dan Statistik Bolasepak Antarabangsa (IFFHS) minggu ini.

"Saya tidak menyedari itu," katanya lagi yang membimbing Atletico meraih kejayaan LaLiga pada 2014 dan final Liga Juara-Juara (UCL) pada 2014 dan 2016.

"Kami hanya memberi tumpuan kepada aspek peningkatan. Kami bekerja keras setiap hari, kami telah membuat perubahan penting dalam permainan. Ia satu perkembangan yang sihat dan memberikan kami kegembiraan berdasarkan jumlah pemain yang baru menyertai kami dan ia membolehkan kami mencabar kejuaraan.

"Sejak hari pertama saya di sini lagi saya sudah bertekad untuk membawa pasukan ini ke puncak Eropah."