Atletico sahkan Luis alami kecederaan paha

Oleh Staff Writer 18 Disember 2018 120
Atletico sahkan Luis alami kecederaan paha
Pertahanan Atletico Madrid, Filipe Luis, bakal diketepikan selama tiga minggu selepas pihak kelab mengesahkan dia mengalami kecederaan paha.

Bek kiri Brazil itu terpaksa dibawa keluar selepas sejam perlawanan sewaktu Atletico mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Real Valladolid, Sabtu lalu.

Atletico mengumumkan semalam bahawa selepas melalui proses imbasan, pemain berusia 33 tahun itu mengalami masalah di bahagian paha.

Walaupun pihak kelab tidak mendedahkan tarikh tetap untuk dia kembali, Luis dijangka direhatkan selama tiga minggu.

Situasi itu membuatkan Luis bakal terlepas kunjungan ke Espanyol serta pertemuan dengan pasukan tangga kedua liga, Sevilla, di tempat lawan pada 6 Januari ini, namun dia mungkin akan kembali dalam aksi Piala Raja Sepanyol berdepan Girona tiga hari kemudian.

Bagi musim 2018/19, Luis telah beraksi dalam 13 daripada 16 perlawanan liga.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen