Atletico Madrid tidak lagi berasa gerun berdepan Real Madrid, tegas pengendali kelab itu, Diego Simeone.

Meskipun dilabel pasukan kedua Madrid di belakang Real, Atleti mula bangkit di bawah kendalian Simeone apabila berjaya menjuarai LaLiga pada musim 2013-14 .

Walaupun tewas dalam final Liga Juara-Juara Eropah pada musim yang sama sebelum kecundang berdepan lawan sama dalam final edisi tahun ini pada Mei, Atletico masih belum tewas dalam enam pertemuan berdepan Real apabila mereka muncul pemenang dalam empat perlawanan tersebut.

"Atletico sudah menamatkan tradisi itu," Simeone memberitahu sidang media menjelang pertemuan kedua-dua pasukan tu di Vincente Calderon pada Sabtu.

"Sebelum ini, kami ketinggalan di belakang Real tetapi kali ini kami berada di tahap yang sama."

Bagaimanapun, sekiranya tewas, Atletico akan ketinggalan sembilan mata di belakang pasukan jiran mereka itu.

"Kami tahu kekuatan dan kelemahan Real Madrid," tambahnya.

"Pemain perlu mengawal emosi dan cuba memberikan persembahan terbaik kerana kami sedar betapa pentingnya perlawanan ini.

"Saya berharap penyokong akan bersorak kuat kerana kami tahu betapa pentingnya kehadiran pemain ke-12."

Sementara itu, Simeone berharap Antoine Griezmann akan kembali memperkuatkan pasukan setelah mengutip kecederaan ringan sebelum ini.

"Griezmann? Dia sudah boleh beraksi," katanya.