Diego Simeone memuji kemenangan 1-0 yang sangat diperlukan ke atas Celta Vigo selepas Atletico Madrid mengakhiri rentetan empat perlawanan tanpa menang dalam semua pertandingan, awal pagi tadi.

Prestasi sebenar Atleti pada musim ini tetap menjadi tanda tanya sekalipun mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam sembilan perlawanan La Liga.

Tetapi Kevin Gameiro, yang kembali ke barisan permulaan selepas kecederaan, menjaringkan gol di Vigo untuk memastikan tiga mata yang sangat diperlukan Atleti seperti diakui Simeone.

"Kemenangan ini sangat penting kerana ia diperlukan," katanya. "Ia membawa kami kepada saat yang baik.

"Kemenangan ini ditunggu-tunggu -- itulah sebabnya kami bekerja keras. Yang penting ialah kami tahu bagaimana menderita dan kami tidak peduli apa harus kami lakukan untuk mendapatkan keputusan.

"Kami menghadapi sebuah pasukan yang menjaringkan gol dalam setiap perlawanan," katanya.

Atleti mempunyai lapan lagi perlawanan di antara pertembungan dengan Celta dan pada akhir November -- termasuk pertemuan setempat Madrid dan dua perlawanan utama Eropah -- dan Simeone kini berharap pasukannya dapat bangkit.

"Kami berharap dapat melalui apa yang kami hadapi pada masa akan datang," katanya. "Ia adalah minggu yang rumit (dengan perlawanan menentang Elche dan Villarreal) di mana kami mahu menjadi yang terbaik.

"Kami memerlukan kemenangan ini. Ada pasukan yang perlukan dan hari ini, Atletico lakukannya."